PRIVACY POLICY

 

ENGLISH | BAHASA MALAYSIA

Putrajaya Perdana Berhad, kumpulan syarikat-syarikat dan syarikat-syarikat bersekutu, syarikat-syarikat yang diurus bersama ("Kumpulan" atau "Kami") menghormati keperibadian data seseorang individu. Polisi keperibadian dan data peribadi digubah mengikuti Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta"). 

Kami boleh meminda terma-terma Polisi Keperibadian ini dari masa ke semasa, oleh itu Pengguna digalak untuk menyemak mukasurat ini dari masa ke semasa.

Informasi Dan Cara Kami Mengumpulnya

Kami memerlukan anda untuk membekalkan kami dengan Data anda bila anda mendaftar dalam Laman Web ini apabila anda memohon untuk produk atau servis kami. Kami juga mengumpul informasi apabila anda berbalas kepada permohonan kami terhadap maklum balas.

Informasi yang kami mengumpul akan termasuk informasi yang anda boleh dikenalpasti secara peribadi ("Data Peribadi" atau "Informasi") seperti nama, alamat pos, nombor telefon, nombor faks dan alamat email dan informasi perniagaan seperti nama majikan, pekerjaan, fungsi pekerjaan, jawatan dan informasi mengenai pembelian (contohnya keutamaan atau sejarah) dan informasi peribadi seperti umur, jantina, nombor kad pengenalan, nombor paspot dan kewarganegaraan.

Cara lain yang kami boleh mengumpul Data Peribadi anda adalah apabila anda mengisi atau mengemaskini informasi anda dengan kami dan kandungannya dihantar kapada kami.

Informasi yang lain yang kami memerlukan mungkin mandatori (perlu) dan dalam keadaan ini kami akan memberitahu anda bahawa informasi adalah mandatori (perlu) dan akibat kalau informasi ini tidak dihantar kepada kami. Jikalau informasi adalah secara opsyen, kami juga akan memberitahu anda bahawa penghantaran informasi adalah secara opsyen dan akibatnya.

Tujuan Pengumpulan Data Peribadi

Kami menggunakan Data Peribadi yang dikumpul dari anda untuk tujuan-tujuan seperti berikut:-
  • Menyediakan dan membekalkan Laman Web ini dan dengan produk dan servis;
  • Membalas pertanyaan dan menghubungi anda mengenai maklumat terkini dan perubahan dalam Laman Web ini; 
  • Untuk tujuan yang lain yang dikemukakan di sini pada masa informasi anda dikumpulkan atau apabila anda memberi kebenaran untuk pengumpulan;
  • Seperti yang dikemukakan dalam Polisi Keperibadian ini;
  • Untuk menilaikan permohonan anda untuk produk atau servis kami;
  • Untuk makluman anda mengenai produk atau servis terbaru yang diperkenalkan oleh kami atau syarikat-syarikat bersekutu melalui bahan pemasaran/pengiklanan/promosi emails atau panggilan;
  • Untuk meningkat-taraf produk dan servis kami;
  • Untuk mengendalian pengkajian atas perancangan, produk, barang-barang, servis, sekuriti dan uji;
  • Pematuhan undang-undang sepertimana diarah oleh badan kerajaan;
  • Untuk menjawab pertanyaan anda dan untuk secara am menyelesaian aduan atau kerisauan anda;
  • Untuk penghantaran notis dan penyataan;
  • Untuk berhubung dengan anda tentang sebarang produk atau servis yang anda telah beli dari kami atau untuk membuat pengubahan atau pembatalan;
  • Di mana pihak ketiga memperoleh atau ingin memperoleh atau membuat pertanyaan berkenaan dengan pemerolehan kepentingan dalam apa jua syarikat dalam Kumpulan; 
  • Di mana pihak ketiga memerlukan pelaksanaan fungsi atau servis oleh pihak ketiga (contohnya kepada syarikat insurans mengendalikan polisi insurans untuk Kumpulan ataupun kepada bank untuk kiriman gaji kepada pekerja (bagi pekerja di bawah kontrak pekerjaan) dan kiriman wang biasiswa (bagi pelajar di bawah program biasiswa)); 
  • Di mana pihak ketiga memerlukan pelaksanaan fungsi atau servis oleh pihak ketiga mengikuti undang-undang (sama ada atau tidak di bawah kuasa undang-undang) atau diperlu oleh apa jua badan kerajaan dan badan bukan kerajaan, agensi atau jabatan (contohnya juruaudit luar yang sedang menjalankan audit ke atas proses sumber manusia Kumpulan); dan atau
  • Jikalau anda memohon untuk biasiswa, sebagai tambahan kepada tujuan yang dinyatakan di sini, untuk penilaian dan pemantauan kesesuaian untuk biasiswa sebagaimana yang diperuntukan oleh Kumpulan dan jikalau anda berjaya, untuk penyediaan and pelaksanaan perjanjian-perjanjian dan dokumentasi dan pentadbiran biasiswa; dan
  • Untuk tujuan-tujuan yang berkenaan dengan tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas.
    (secara kolektif "Tujuan")

Data Peribadi yang dikumpulkan akan disimpan oleh kami untuk jangkamasa yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia dan boleh dilanjutkan ke jangkamasa yang lebih lama selepas penamatan perhubungan kontrak antara anda dengan kami.

Kami boleh menggunakan informasi anda untuk lebih memahami Pengguna dan menaiktaraf Laman Web kami. Sebagai contoh, kami boleh menggunakan informasi untuk menilaikan Laman Web yang lebih disukai ramai dan demografik Pengguna. Kami boleh menggunakan alamat-alamat IP untuk menentukan masalah dengan server kami atau untuk pentadbiran Laman Web kami.

Kami boleh menggunakan informasi yang dikemukakan oleh anda untuk menghantar email, faks dan komunikasi yang lain bagi pihak Kumpulan. Komunikasi ini boleh termasuk risalah email yang relevan kepada Laman Web ini. Semua risalah email akan membekalkan anda dengan peluang untuk menolak penerimaan promosi yang akan datang. Ke semua tawaran promosi akan termasuk peluang untuk menolak penerimaan promosi yang akan datang atas produk/servis yang ditawarkan.

Dari masa ke semasa, kami boleh menggunakan informasi pelanggan untuk tujuan terbaru dan tidak dijangka yang tidak wujud dalam Polisi Keperibadian ini. Dalam masa depan, jikalau cara pengumpulan informasi berubah untuk menampung initiative terbaru, kami akan mengumpul data baru dari tahap situ dan tidak mengikut kebelakangan.

Pendedahan Informasi Anda

Anda bersetuju bahawa Kumpulan boleh mendedahkan dan membuat pemindahan informasi di antara syarikat-syarikat di bawah golongan Kumpulan. Sebagai contoh, kami boleh memindah informasi ke badan akademik untuk tujuan penilaian permohonan untuk biasiswa.

Sekuriti

Kami menggunakan langkah-langkah keselamatan yang berpatutan untuk melindungi Data Peribadi yang kami kumpul supaya akses yang tidak dibenarkan, kegunaan, pindaan atau pendedahan tidak berlaku. Oleh kerana rekabentuk Internet dan factor-faktor luar jangkaan kami, kami tidak boleh menjamin bahawa komunikasi antara anda dengan server kami adalah bebas dari akses yang tidak dibenarkan oleh pihak ketiga.

Links

Laman Web ini mengandungi kandungan , servis dan bahan lain yang berhubung dengan Laman Web yang dikendali oleh pihak-pihak ketiga yang tidak berkait dengan Kumpulan. Kami tidak mempunyai kawalan terhadap laman-laman web yang lain dan Polisi Keperibadian ini tidak terpakai kepada mereka. Kami mengalak anda untuk merujuk kepada polisi keperibadian mereka dalam laman-laman web mereka.

Hak Akses Kepada Data Peribadi

Anda mempunyai hak akses kepada Data Peribadi anda yang kami simpan atas pembayaran yuran yang berpatutan dan untuk memohon pemindaan Data Peribadi yang tidak betul, tidak lengkap, mengeliru atau tidak yang semasa.

Jikalau anda mempunyai apa-apa soalan tentang Polisi Keperibadian ini atau anda ingin memohon akses kepada Data Peribadi anda atau anda ingin memohon untuk pemindaan Data Peribadi atau anda ingin menarikbalik kebenaran penggunaan Data Peribadi yang dinyatakan di atas atau pemindahan Data Peribadi kepada pihak-pihak yang dinyatakan dalam ini, anda boleh membuat permohonan bertulis kepada alamat berikut:

        Putrajaya Perdana Berhad
        Alamat : 3rd Floor, No. 5, Jalan P16, Precinct 16, 62150 Putrajaya, Malaysia
        Pegawai yang bertanggungjawab : Personal Data Officer
        Alamat Email : personal.data.officer@p-perdana.com

Pemindahan Notis Keperibadian

Kumpulan memelihara hak untuk membuat pemindaan kepada Notis Keperibadian ini dari masa ke semasa tanpa memberi apa-apa notis awalan dan menasihatkan supaya anda menyemak Notis Keperibadian ini dari masa ke semasa.